SR DROPSHIP BY SR PALAZZO

  

Kelebihan Menjadi Dropship

  1. Tidak perlukan modal.
  2. Tidak perlu simpan stok. Buat pesanan apabila pembeli telah membuat bayaran.
  3. Tidak perlu risau dengan masalah barang yang tidak laku.
  4. Tidak perlu pos/packing barang. Semua akan diuruskan oleh HQ.
  5. Akan diberikan bimbingan di bawah HQ SR Palazzo melalui ‘group support’ di aplikasi Telegram.
  6. Menerima ganjaran (reward) bulanan bagi yang berjaya mencapai target jualan yang ditetapkan oleh HQ.

 

Cara Menjadi Dropship

  1. Daftar melalui laman web www.syamimrahim.com
  2. Perlu membuat pembayaran yuran hanya RM50.00 dan akan mendapat sehelai palazzo secara percuma yang berharga RM89.00, seterusnya anda telah disahkan sebagai dropship HQ SR Palazzo.

 

Cara Mendaftar Sebagai Dropshipper

  1. Masuk ke laman web www.syamimrahim.com
  2. Daftarkan diri sebagai dropshipper.
  3. Semasa mendaftar, sistem akan membawa anda kepada pembayaran yuran pendaftaran RM 50.00
  4. Status dropshipper akan secara automatiknya aktif apabila pembayaran telah dibuat.

 

Syarat Menjadi Dropship

  1. Anda perlu aktif dalam jualan bulanan. Jika anda tidak aktif selama 3 bulan berturut-turut, keahlian dropshipper secara automatik akan terbatal dan jika anda hendak aktifkan kembali keahlian, anda perlu membuat pembayaran RM 50.00 semula. Pihak HQ berhak mengeluarkan nama dropshipper sekiranya didapati :
    • Melanggar mana-mana syarat
    • Melakukan penipuan kepada pelanggan atau pihak HQ sendiri
    • Bermain harga, iaitu menjual pada harga lebih rendah daripada yang ditetapkan oleh HQ.
  2. Tatatertib dan cara layanan setiap dropship kepada pelanggan harus dijaga. Dropship secara tidak langsung mewakili SR Palazzo. Sekiranya terdapat aduan terhadap mana-mana dropship daripada pelanggan, keahlian anda akan ditamatkan serta-merta.
  3. Dropshipper digalakkan membuat “record-keeping” secara konsisten dan ia secara tidak langsung membantu membentuk budaya pengurusan perniagaan yang bersistem.
  4. Mempromosikan SR Palazzo di laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, Blog atau Offline & terima tempahan daripada pelanggan. Dropship dibenarkan untuk membuat sebarang komen berbentuk iklan/promosi di semua ruangan komen page dan instagram HQ.
  5. Semua urusan pembelian dan pembayaran berkenaan order adalah di www.syamimrahim.com sahaja.
  6. Dropshipper mestilah menjual pada harga yang sama seperti tertera di website www.syamimrahim.com
  7. Semua item tidak termasuk kos penghantaran.
  8. HQ akan mula memproses dan mengepos barang selepas menerima invois daripada “payment gateway” atau bukti pembayaran daripada dropship.
  9. Order akan terbatal secara automatik sekiranya dropship gagal membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas menghantar order di website.
  10. Setiap dropship perlulah mempunyai alamat emel yang aktif, aplikasi (Whatsapp & Telegram), akaun Facebook atau Instagram untuk tujuan promosi. Hal ini kerana, Whatsapp, Telegram dan emel adalah platform utama bagi tujuan komunikasi di antara pihak HQ dan dropship.
  11. Cash On Delivery (COD) tidak dilakukan oleh pihak HQ untuk pelanggan dropship.
  12. Pembayaran adalah hanya melalui akaun seperti berikut :
    Bank : Malayan Banking Berhad (MBB)
    Pemegang Akaun : RNZ Global Ventures Sdn Bhd
    No. Akaun : 5625 0852 3275
  13. Setiap dropship wajib mempunyai online banking bagi mana-mana akaun bank untuk memudahkan urusan pembayaran. Dropship juga digalakkan sebaik-baiknya memiliki akaun bank bersama Maybank untuk urusan jual beli kerana SR Palazzo hanya berurusan menggunakan akaun Maybank sahaja.
  14. Mata wang yang digunakan dalam jual beli adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
  15. Segala urusan pengeposan akan diuruskan oleh HQ.
  16. Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hingga sepuluh(10) hari bekerja selepas pengesahan penerimaan bayaran kecuali atas hal-hal kecemasan lain yang tidak dapat dielakkan akan dimaklumkan kemudian.
  17. Pihak HQ berhak untuk membuat sebarang penambahan atau perubahan pada terma dan syarat pada bila-bila masa. Dropshipper akan dimaklumkan apabila perubahan pada terma dibuat.
  18. Sebarang pertanyaan boleh terus emel ke team.srpalazzo@gmail.com

 

Polisi Pertukaran

  1. SR Palazzo mengamalkan polisi ‘money back guarantee’ jika terdapat pelanggan menerima barang dalam keadaan rosak.
  2. Atau boleh menukar barang jika barang yang diterima rosak, kotor dan barang diterima berlainan daripada apa yang dipesan semasa pembelian. Barang yang ditukar mestilah sama warna dan saiz seperti yang dibuat dalam pesanan mengikut resit.
  3. Pihak HQ akan menanggung kos postage 2 hala jika kesilapan pengeposan barang adalah daripada pihak HQ.
  4. Anda tidak boleh menukar produk disebabkan warna yang berlainan daripada gambar, silap warna dan salah saiz ketika pembelian.
  5. Tempoh untuk pertukaran atau ‘money back guarantee’ adalah dalam masa 7 hari sahaja berdasarkan resit asal yang dikeluarkan. Ia juga mestilah belum digunakan, dicuci, alter, berbau dan ‘tag’ SR Palazzo belum ditanggalkan daripada produk.